SDG 5 - News

Ts. Dr. Farhan wanita pertama dilantik ahli fatwa panel teknikal oleh Muslim Professional Japan Association (MPJA)

GAMBANG, 27 Mei 2021 - Sistem Pengurusan Jaminan Halal dan Pensijilan Halal Malaysia sudah diiktiraf di peringkat global dan menjadi penanda aras kepada negara-negara lain di dunia. Pembangunan, penilaian dan semakan terhadap kepatuhan dan standard halal, fatwa, undang-undang dan peraturan Pensijilan Halal Malaysia amatlah penting bagi memudahkan umat Islam di Malaysia dan dunia amnya terpelihara.

Dengan kepakaran dan pengalaman yang luas dalam bidang Teknologi Pemakanan dan Bioteknologi, pensyarah Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia dan Proses (FTKKP), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Ts. Dr.. Farhan Mohd Said telah dilantik sebagai ahli fatwa panel teknikal oleh Muslim Professional Japan Association (MPJA), Japan dengan diperakukan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Malaysia.

Read more


Print   Email