1
2
4
6

Pekan, 30 November- Seramai 200 mahasiswa telah menyertai larian sejauh lapan kilometer yang bermula dari Pusat Aktiviti Pelajar (PAP) melalui bulatan utama berhadapan Canseleri Tun Abdul Razak hingga ke bulatan di Pusat Teknologi Maklumat & Komunikasi (PTMK) sebelum berakhir di PAP di kampus UMP Pekan.

Program Program Nite Run'16 ini dianjurkan Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA) dengan kerjasama pasukan MyGift UMP dan Perwakilan Mahasiswa Kolej Kediaman 5 (PEKA5) bagi menggalakkan gaya hidup sihat memberikan pengalaman kepada pelajar menikmati suasana kampus pada waktu malam.

Hadir merasmikan program, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Dato’ Dr. Yuserrie Zainuddin. Turut sama hadir Ketua JHEPA, Mohd Nazri Samsuddin bersama pegawai UMP, Abd. Rahman Ahmad.

“Program berlari sekitar kampus pada waktu malam pastinya memberikan suatu pengalaman yang sungguh berharga buat pelajar UMP selain dapat memenuhi aktiviti dengan amalan yang sihat. Pelajar perlu mengambil peluang memanfaatkan masa dengan menyertai aktiviti yang dianjurkan pihak universiti,” katanya.

Sementara itu, bagi Thinnieshkumaran A/L Ruggarudee,22 dari Fakulti Kejuruteraan Mekanikal bependapat penganjuran ini memberi peluang kepada peminat sukan balapan jarak jauh untuk menjadikan larian sebegini sebagai latihan ringan kepada mereka.

Selain dapat bertemu dengan rakan-rakan, program ini pastinya memberi kesempatan buat pelajar mengeratkan hubungan yang baik dengan rakan di kolej kediaman selain menyaksikan sendiri keindahan kampus UMP dengan diterangi cahaya lampu terutamanya di sekitar Menara Utama, tasik dan sekitar Menara Jam Matahari yang terletak berdekatan Bangunan Canseleri Tun Abdul Razak.