Fakulti Sains dan Teknologi Industri Universiti Malaysia Pahang (UMP) telah mengadakan program khidmat sosial bertemakan 'Lighting Up the Community’ dengan memasang sistem lampu tumpu berkuasa suria di Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah (SEMSAS). Program membabitkan seramai 12 orang mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (kepujian) Teknologi Bahan sebagai menyahut seruan universiti dalam usaha memasyarakatkan teknologi kemudahan kepada pelajar daripada Orkestra Jasa Winds mengadakan latihan pancaragam di kawasan sekolah pada waktu malam. Selain menambah pencahayaan, mereka juga dapat berkongsi ilmu dengan para pelajar tentang teknologi fotovoltaik serta mempromosikan teknologi hijau di peringkat sekolah. Program ini akan memberi impak yang positif kepada pelajar sekalugus menyumbang kepada kecemerlangan SEMSAS. Selain itu juga dengan program ini dapat meningkatkan motivasi pelajar agar lebih meminati mata pelajaran Sains dan Matematik. Selain itu, pemasangan sistem solar ini merupakan alternatif untuk menyokong kempen menyelamatkan alam sekitar. Bagi mendapatkan pembelajaran yang lebih efektif, pelajar telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil dan dibimbing oleh pelajar UMP dan pensyarah UMP. Namun apa yang lebih menariknya kini pusat aktiviti SEMSAS telah diterangi lampu yang dapat memberi kemudahan pelajar sekolah menjalankan aktiviti di kawasan berkenaan.

1
2
6